Fundekks
Ini Kalilah !!!
Sunday, 1 September 2013 9/01/2013 02:01:00 am | 0 comments

Hi stalker. Hari ni tak ada cerita sedih tapi cerita tentang azam aku untuk berubah ke arah kebaikan. Kalau kau satu sekolah dengan aku kan? Mesti kau tahu perangai aku kat sekolah macam mana. Dulu aku jahat gila weyh. Sampaikan ustazah pun aku nak tumbuk muka dia. Astarghfirullahalazim, aku tak sangka perangai aku seburuk ini. Semua cikgu-cikgu kat sekolah aku tu pun dah menyampah dengan aku. And ada seorang cikgu ni nama dia Rohana. Dia memang M gila lah dekat aku. Nama kat E-Displin aku penuh dengan nama dia je yang masukkan. Aku menyirap gila. Orang lain takde pun dia nak masukkan. Tapi takpe, aku dah lupakan kemarahan aku tu kat dia. SEbab aku nak SPM kan. Terpaksalah redha. Setiap hari aku cuba berubah slow-slow dengan mengikut kawan baik aku Iwan. Dia ni boleh masuk kepala jugak lah. Apa yang aku suka tentang dia ni, dia gedik, manja, and agama kuat. Dia kat kelas duduk sebelah aku. Kita orang kadang-kadang asyik berdebat je. Sekarang pun time rehat aku dah lepak dengan dia and budak kelas A lah kan kat Library tu. Alhamdulillah, semenjak aku ikut dia ni. AKu semangat nak belajar, solat pun jarang tinggal. Kadang-kadang kita orang sembahyang kat masjid. Aku pun dah lama tak jejak masjid. Biasa lepak kat luar masjid je. Tu pun hari Jumaat. Haha. Setiap malam kalau waktu free, kita orang buat study group. Biasanya yang jadi cikgu muda tu Hadi kelas A lah. Belajar dengan dia cepat gila masuk tapi kalau belajar kat kelas susah nak faham. Maybe sebab situasi belajar kot. Yelah kan, benda kalau budak ramai. Mestilah riuh. Attention pun jadi kurang. Haa lagi satu aku dah mula jauhkan diri aku kepada kawan lama katanya. Haa nama diaorang ialah Amer, Jijan, Telur. Kalau dulu aku memang rapat dengan Amer tapi sekarang tidak lagi. Aku nak focuskan pelajaran so aku terpaksa tinggalkan diorang. Tak tahu lah kalau cara aku ni salah ke apa. Tapi memang aku malas nak fikir pasal diorang lagi. Biarlah diorang nak memekak ke apa. Yang penting aku nak aku berjaya. Aku nak buat Ibu Bapa bangga. Sebelum ni aku selalu sakitkan hati diorang je. Hm lagi satu tentang bestie aku Amoi. Baru-baru ni dia ada masalah dengan bakal isteri dia Mimi. Puncanya disebabkan orang ke-3 yang always suka cari masalah. Tapi tu lah, Mimi pun boleh layan dia. Dari dulu aku dah cakap kat Mimi. Kalau tanak hargai kawan baik aku tolonglah tinggalkan dia. Aku tak sanggup tengok membe aku asyik stress je fikir pasal kau. And kali ni korang dah settle baik lagi sekali. Aku harap Mimi tak ulangi kesilapan yang sama sebab AMoi tu dah banyak mengalah. Even Mimi kurang beri kasih sayang dekat dia, tapi dia still mencuba untuk mendapatkan kasih sayang tuh. Dah 7 bulan dah diorang kawan. Dear, Mimi. Kalau kau baca post ni aku harap kau hargailah dia sepenuhnya sebab dia setia and dia sayangkan kau sangat-sangat. Aku harap kau nampak pengorbanan dia dekat kau. Kau tolong jaga dia ehh Mimi. Hm okay lah, stop pasal Amoi and then start pasal bini aku Noreen. Hehe. Sebenarnya haritu aku tak sanggup nak lepaskan dia sebab aku masih sayangkan dia gila-gila. And aku happy sangat sebab dia cari aku balik malam tuh. Tanpa buang masa esok lepas pulang dari sekolah aku terus pergi rumah dia and kita orang teruskan hubungan ni. Rindu gila lah dekat dia masa tuh. Lepastu 29 ogos mak aku jemput dia datang rumah. Nasib baik dia nak datang. Kalau tak hampa aku masatuh. Aku pergi amek dia dalam pukul 3:30 lah lepastu tragedi buruk berlaku. Kereta aku masuk gaung bawah rumah dia tuh. Nasib baik Apit bawah rumah dia tuh tolong tarikkan kereta aku pakai kereta dia. Kalau tak terbengkalai lah aku. Lepastu aku tengok adik and mak Iwin je nampak. Noreen nya tak tahu cerita langsung. Hm mekap lama gila dia tuh. Bila dah sampai je rumah aku. Mula lah dia buat muka segan lepastu datang terus kena buat kerja. Haha. Kesian dia weyh masa tuh. Muka penat je. Aku sikit-sikit pergi dapur je sebab nak tengok reaksi dia. Haha. Aku happy gila weyh tengok dia dengan family aku dah ngam. Lepas ni memang tak ahh nak putus. AKu harap sangat hubungan aku ni kekal. Sebab aku dah seriuskan hubungan aku ni. Ehh tadi cerita pasal aku nak berubah tapi ni dah masuk bab lain pulak. Haha sorry-sorry. Okay lah. Assalamualaikum. Hehe :D

OLD | NEW