Monday, 3 June 2013
6/03/2013 01:40:00 am | 0 comments Saya sayang awak sangat-sangat. Tapi saya tak selalu contact dengan awak kan? Sebenarnya bukan saya dah ada orang lain or bosan dengan awak. Tapi saya selalu blur nak meset dengan awak. Ye lah kan, conversation kita kadang-kadang mati dan saya selalu tanya benda yang sama berulang kali untuk memanjangkan conversation kita. Saya rindu conversation kita masa first-first kita kenal sebab masatu saya tak tahu latar belakang awak so banyak je idea nak tanya. Tapi sekarang idea tu semuanya hilang. Maafkan saya okay. Saya tahu awak anggap saya tak menghargai diri awak kan? Act, saya tak tahu nak hargai awak dengan cara ap. So saya selalu jumpa awak sebab saya failed dalam bab texting. Kalau awak cakap awak sorang-sorang kat rumah, saya terus je pergi temankan awak even saya sorang-sorang dari tempat saya. Hari ni awak cakap awak dah patahkan simcard Maxis awak dan awak tanak contact saya lagi tapi saya tahu awak tak kuat untuk tinggalkan saya dan sebabtulah awak contact saya dengan menggunakan simcard mak awak kan? Saya hargai sangat perbuatan awak tu sayang. Dan lagi satu, saya nak hubungan saya dengan awak ni kekal. Saya tanak dikecewakan lagi sebab awak lah orang yang paling saya sayang dan daripada awaklah saya belajar bercinta semula. Sebelum ni ex-ex saya tak sama dengan awak. Awak lain gila daripada dia orang. Senang kata saya sayang gila ahh dekat awak cuma saya tak tahu nak buktikan macam mana lagi. Hm awak, awak ingatkan janji kita? Awak cakap kalau kita gaduh besar mana sekalipun jangan pernah terfikir untuk lepaskan. Tapi awak dah pun terfikirkannya. Hm cuma awak tak mampu untuk lakukannya. So, kepercayaan sayang awak kepada saya tak perlulah saya risau lagi sebab awak dah buktikannya. Dan saya nak minta maaf sekali sebab sepanjang cuti persekolahan ni saya selalu main futsal dan tinggalkan awak sorang-sorang. Saya akan cuba untuk tidak bersukan lagi. In Shaa Allah saya boleh. Saya nak hari-hari saya penuh bersama awak. Saya harap sangat cuti persekolahan ni habis cepat sikit. Sebab kalau dah sekolah nanti saya bolehlah jumpa awak setiap hari. And takde lah saya busy je kan? Hm dah lah awak. Penat saya type, saya harap awak faham saya okay. I love you huney :')
|