Fundekks
Nurin Adryn
Monday, 29 April 2013 4/29/2013 03:21:00 am | 0 comments

Assalamualaikum, dear stalker. Seperti mana yang dijanjikan aku akan update blog aku jika aku dapat awek. So hayatilah cerita ini :). Cerita ni pasal tiga minggu lepas. Dimana aku usha Eyna pada maghrib 6 April dan dia suruh aku tunggu dia untuk memberi dia masa untuk terima aku. Tetapi dengan ketidak sabaran aku, aku telah usha Nurin pada 12 april dan dia pun suruh aku tunggu dia. Masa tuh kasih sayang aku bukan pada Eyna lagi tetapi sudah jatuh kepada Nurin. Tiba-tiba hari ke esokannya iaitu 13 April Eyna meset yang dia sudah pun menerima lamaran aku tetapi aku sudah tidak cintakannya lagi. Aku rasa sebersalah gila. Masa malam tu aku tak dapat nak berterus terang dengan dia sebab aku takut sangat. Ye lah kan. Hati perempuan bahaya sikit kalau dah kecewa. Pada 14 april pula, Nurin telah, menerima aku. Aku bahagi kejap je sebab aku tak terfikir pasal Eyna. Tiba-tiba Eyna meset "Hye sayang". Terus takde selera beb aku nak makan masa tuh. Dah lah tengah lepak kat warung dengan membe-membe aku. Kejap lagi kawan aku tegur mata aku berair je. Ehh mana ada segan kan aku menangis. Haha. Even aku nak tahan tangisan tapi tak boleh beb. Tak tahu ahh kenapa. Aku tak reti nak mintak putus dengan Eyna macam mana. Aku takut sangat. Lepastu aku cerita ahh kat budak ni. Budak ni pun tak boleh nak setlekan sebab masalah aku tu berat sangat. So, aku terus berterus terang dekat Eyna pada ke esokan harinya iaitu 15 april. Aku tak tahu perasaan Eyna masa tuh macam mana. Aku rasa sebersalah gila. Tetapi aku yakin keputusan yang aku buat ni betul. Sebab aku dah tak cintakan Eyna. Cintaku hanya untuk Nurin hingga lah sekarang. Semenjak haritu aku asyik terfikirkan pasal Eyna je. Macam mana keadaan dia? Okay ke tak? Hm mesti dia benci gila dekat aku kan. Dah lah 16 bApril tu aku ada game bola. Dah aku tak dapat nak focus dekat game tuh. Kesian sepasukan aku. Aku minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak buat yang terbaik. Tetapi aku cuba untuk lupakan dia dan Alhamdulillah berjaya sebab Nurin always happy kan aku. Kalau difikirkan balik memang pelik ahh macam mana aku boleh berkawan dengan Nurin ni. Sedangkan kita orang tak pernah bertegur pun. Masa aku usha dia, dia rasa pelik gila, takde hujan, takde kilat tiba-tiba suka. Haha. Tapi aku always membina ayat-ayat yang berbunga-bunga hingga dia dapat terima aku. And alhamdulillah aku dapat dia :D Aku harap dia lah perempuan yang terakhir dalam hidup aku. Dan ex aku Awa pun dah berbaik dengan aku setelah dia dapat tahu yang aku sudah pun berpunya. Lepasni aku tanak ahh fikir untuk usha perempuan lain sebab aku nak setia bersamanya. i love you Nurin :)

OLD | NEW