Wednesday, 9 January 2013
1/09/2013 12:07:00 am | 0 comments Assalamualaikum, act saya nak share cerita rekaan yang mengarut di dalam blogger saya ni. Dan ini adalah post pertama saya. Saya harap awak enjoy membacanya :'D
Cerita ini mengisahkan tentang dua orang sahabat yang telah berkenalan di laman sesawang Facebook. Pada mulanya, Adam ni berasa sunyi sangat apabila ditinggalkan kekasihnya oleh disebabkan ego yang terlalu kuat. Pada suatu hari ni, Adam berhasrat untuk mencari peganti. Setelah seharian stalker dan akhirnya Adam telah terjumpa satu akaun yang bernama Hawa. Adam berasa malu untuk menegur Hawa sebab Hawa ni kelihatan seperti sombong orangnya. Tapi Adam telah memberanikan diri untuk menegur Hawa dengan ayat "Selamat Malam". Setelah beberapa minit, Hawa telah membalas balik teguran itu. Masa tuh Adam telah menaruh satu harapan untuk memikat Hawa. Tapi masa tuh Hawa tak dapat nak melayan Adam terlalu lama sebab Hawa mahu offline dan terus tidur katanya. Walaubagaimanapun, Adam tidak pernah berputus asa. Adam terus menunggu hari demi hari untuk Hawa online semula. Dan alhamdulillah satu hari tuh Hawa online dan tanpa rasa segan silu, Adam terus menegurnya. Dalam beberapa perbualan Adam menanyakan tentang pasangan Hawa dan Hawa menjawab "Saya tiada BF lah. Dah berapa bulan dah ni single". Masa tuh Adam telah menaruh satu lagi harapan yang Hawa ni akan menjadi miliknya. Dengan ayat yang bunga, Adam cuba menawan hati Hawa tetapi cinta Hawa ni mahal. Hawa cakap "Kita tak kenal lagi, dan saya tak akan bercinta dengan orang yang saya tak kenal. Maafkan saya tau". Selepas je Hawa cakap macam tuh. Adam terus ajak Hawa untuk berjumpa di bandar dan Hawa pun menerima tawaran itu. Pada hari perjumpaan terserbut. Adam sungguh terkejut melihat wajah Hawa ni. Sebab wajah dia ni seolah-olah bidadari yang telah datang dari Syurga. Adam terus mengajak Hawa untuk menonton movie melayu. Sementara menunggu movie tu start. Adam telah membelikan hadiah untuk Hawa yang berbentuk sebuah jam. Masatuh reaksi muka Hawa lain je. Seolah-olah dia tidak suka akan pemberian Adam itu tadi. Selepas menontot movie, Adam ni ajaklah Hawa untuk lepak minum dan masa tengah lepak tuh. Adam telah menanyakan satu soalan iaitu "awak sudi tak kalau jadi teman hidup saya?" Pada mulanya Adam teramatlah berat untuk menanyakan soalan itu tetapi terpaksa luahkan juga untuk mendapat jawapan sebenarnya. Dan Hawa menjawab "saya tak ready lagi lah, nanti saya bagi keputusannya okay" Masatuh Adam kecewa sangat tapi takpe Adam ni kuat dan dia terus menunggu jawapan dari Hawa. Selepas perjumpaan tu Hawa telah menghilangkan diri selama 3 hari dan pada haritu Hawa telah menghantar satu pesanan iaitu "maafkan saya awak, saya suka pada awak tapi hanyalah sebagai kawan. Sebenarnya saya tiada perasaan langsung pada awak. Maafkan saya ehh". Selepass je Adam baca pesanan tuh. Adam terus patah seribu dan masih lagi berharap untuk mendapatkan cinta Hawa. Hawa cakap "Kita tak kenal dengan lebih rapat lagi. Saya harap awak faham". Adam pun terus cuba,cuba,cuba dan terus mencuba hari demi hari. Tetapi Hawa telah mengelakkan diri daripada Adam. Masatuh, Adam kecewa sangat tetapi Adam ni masih lagi menunggu Hawa sampai sekarang.
|